
Sebagai seorang guru sekolah terlalu banyak pengalaman suka dan duka yang telah saya lalui.Kadang-kadang bila dikenang-kenang kembali pengalaman itu terasa geli hati pula dan mengajar saya erti kehidupan. Semua pengalaman itu telah menjadikan saya lebih matang dalam mengharungi hidup di dunia guru. Walau apa sahaja yang diperkatakan tentang profesion guru ini, saya akan terus tabah mendidik anak bangsa saya. Walau perit tetap akan saya tempuh segala rintangan itu. Doakan saya terus menjadi seorang guru yang ikhlas dalam mencurahkan ilmu.